Nov 8, 2011
Nov 7, 2011
Menu pilihan rakyat malaysia #6
ROTI JALA/ROTI KIRAI
Hidangan ringan yang amat lazat samaada untuk sarapan pagi,minum petang mahupun minum malam. Dihidang bersama kuah kari ayam atau daging. Selalu mendapat tempahan dalam jamuan-jamuan dan kenduri.
http://www.youtube.com/watch?v=9JhjI7GF9EM&feature=related
Menu pilihan rakyat malaysia #5
TEH GOYANG/TEH 3 LAYER
Beliau adalah 'upgrade' versi untuk teh tarik, menjadi kegilaan golongan muda masa kini. Cara pembuatanya juga berbeza dengan teh tarik, dimana susu akan dibancuh dahulu kemudian ditarik untuk menghasilkan buih berwarna putih kemudian teh pekat akan dituang perlahan-lahan agar tidak bercampur susu dengan segera.
Nov 4, 2011
PETUA UNTUK MENGGILANGKAN SAKIT GIGI
Bila dah sakit gigi, dah tak boleh nak keluar ngeteh lagi. Lepas tu asyik nak marah orang jer. Jadi inilah petua orang-orang dulu kalau kena sakit gigi.
Pilihan 1: Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan 3 kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
Pilihan 2: Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
Pilihan 3: Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam. Belimbing buluh,yang kecik-kecik tu.
Pilihan 4: Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
Pilihan 5: Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas. Buah betik muda ya, bukan yang dah masak tu.
Pilihan 6: Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tersebut ke dalam lubang gigi.
Pilihan 7: Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Menu pilihan rakyat malaysia #4
Lauk hidangan yang sesuai dimakan dengan nasi putih. Sesuai untuk makan tengah hari atau malam. Terdapat pelbagai jenis asam pedas seperti asam pedas ikan, ayam dan daging. Paling popular di negeri johor dan melaka. Tempat yang terkenal dengan keenakkan asam pedas ialah Parit Jawa, Johor. Keenakkan asam pedas disitu telah menarik ramai penggemar dari seluruh semenanjung untuk mencubanya.
Nov 3, 2011
CARA MENGETAHUI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS
CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar) Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut. Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :- 1) Al-Fatihah. 2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari. Ia berdasarkan hadith : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي ) Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.
*GAMBAR HIASAN
*GAMBAR HIASAN
Subscribe to:
Posts (Atom)