Pages

Dec 3, 2011

Menu pilihan rakyat malaysia #12


menu #12 Tomyam
Menu yang dipopularkan oleh peniaga-peniaga yang berasal dari Thailand.Tom yam dihidangkan secara meluas di negara berjiranan seperti Malaysia, Singapura, dan Indonesia, dan telah dipopularkan ke seluruh dunia. Rasa pedas dan masam menjadi Trademark hidangan ini hasil penggunaan serai, limau nipis,sos ikan,daun limau purut dan cili siam.Tom yam biasanya dihasilkan menggunakan udang,ayam,daging,sotong,d
an pelbagai campuran lain. Makan nasi putih berlaukkan tomyam menjadi pilihan generasi masakini

Menu pilihan rakyat malaysia #11

menu #11 Sirap
Menu wajib bagi mana-mana perniagaan makanan. Hatta dihotel pun ada beliau. Sangat sesuai sebagai penghilang dahaga diwaktu tengahari.Sangat popular juga pada majlis-majlis kenduri kahwin dan open house. kalau dahulu daun pandan,air gula dan pewarna digunakan dalam penghasilannya,sekarang kordial sirap pelbagai jenama digunakan untuk penghasilannya yang lebih mudah. Sirap limau satu!!!

Menu pilihan rakyat malaysia #10

menu #10 Sup Torpedo
Sup torpedo ialah nama gelaran kepada sejenis sup yang menggunakan sebagai bahan asasnya ialah organ seks lembu jantan seperti zakar dan testikel. Di Malaysia, sup torpedo ini biasanya dihidangkan di warung-warung atau restoran mamak. Sup torpedo ini biasanya akan dihidangkan dengan sebuku roti Benggali untuk mencicah sup tersebut.Bahan-bahan biasa yang digunakan untuk memasak sup seperti rempah-ratus, bawang merah and bawang putih, halia, minyak masak, dan air secukupnya akan digunakan untuk memasak sup ini.Sup ini dikatakan mempunyai khasiat sebagai afrodisiak ataupun khasiat kekuatan sexual untuk lelaki.

Menu pilihan rakyat malaysia #9

menu #9 Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Bagi kebanyakkan warung-warung kampung, nasi lemak siap dibungkus dengan daun pisang siap sedia diatas meja pelanggan untuk dimakan

Menu pilihan rakyat malaysia #8


menu # 8 Telur tiga suku/setengah masak
Hidangan sampingan yang popular dikalangan para suami dan lelaki sejati. pernah try? Anda memang lelaki sejati.Telur ayam kampung yang paling digemari ramai. Selain itu telur setengah masak ini amat kaya dengan protein, sesuai untuk sesiapa yang mahu membina 'mucle' tubuh mereka